sayang ,
tahniah kerana kau telah berjaya mencuri hatiku dan setelah itu kau melukai hatiku ,
tahniah juga aku ucapkan kerana kau telah berjaya membuatku menyakiti tubuh badanku ini ,
terima kasih kerana kau telah berjaya membuatku gila bayang terhadapmu ,
terima kasih kerana kau telah berjaya membuatku mengalirkan air mataku selama beberapa hari ini ,
terima kasih juga aku ucapkan kepada kau kerana kau membenarkan aku mencintaimu ,
cintaku ,
adakah benar yang sesungguhnya kau tidak mencintaiku ?
jika kau tidak mencintaiku mengapa kau sering mengucapkan kata kata sayang dan kasih kepadaku ?
adakah benar yang kau hanya ingin mempermainkan hati dan perasaanku ?
apakah yang menyebabkan kau melakukan semua itu ?
mengapakah kau sanggup melakukan semua ini kepada diriku ?
mengapakah semua yang kau perkatakan kepadaku ketika aku bertemu mu itu berlainan sekali dengan apa yang telah terjadi sekarang ?
kasihku,
bilakah kau ingin menghubungiku dan menjelaskan semua perkara ini kepadaku ?
tidakkah kau tahu bahawa aku sangat mencintaimu ?
mengapa engkau masih mahu melukai hatiku setelah engkau melihat sendiri dengan matamu itu betapa sedihnya aku disaat kau mahu pulang ke kampung halamanmu itu dan bakal ditunangkan dengan orang lain ?
hatiku,
tidakkah engkau sedar sepatutnya disaat ini kita perlu meluangkan lebih banyak masa bersama sebelum engkau pulang dan bertunang dengan pilahan orang tuamu itu ?
tetapi ,
mengapa disaat inilah kau ingin membuatku begini ?
manakah janjimu yang ingin menghubungiku disaat kau mempunyai masa ?
sehingga kini aku masih lagi tidak mendengar sebarang berita darimu walaupun telah banyak mesej yang aku hantar kepadamu ,
sesungguhnya sayang ,
aku sangat mencintaimu ,
aku menyayangimu melebihi aku menyayangi nyawaku ini ,
PAPAAAAAAAAAAA !!!!!!!!!!
MAMA LOVE YOU SO MUCH !!!!!!!!!!!!!!!!!
:(
No comments:
Post a Comment